CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, March 24, 2008

SEJARAH KUMPULAN ROCK MAY


Kumpulan MAY adalah kumpulan rock lagenda. Mereka dikenali bukan sahaja di Malaysia tetapi diseluruh nusantara ini. MAY bukan sahaja berbakat bermain alat muzik tetapi boleh juga mencipta lagu dan kesemua album mereka diterbitkan sendiri oleh mereka. Setelah sekian lama memperjuangkan muzik hard rock tersendiri mereka, website rekaan aku ini adalah website tribute untuk kumpulan lagenda ini.
Kumpulan MAY telah ditubuhkan pada tahun 1986 oleh empat anak muda yang berasal dari Manjoi, Perak Malaysia. MAY adalah pangkal huruf bagi Man (ketua/drummer), Mus (vokalis), Abu (guitar) dan Yus (bassist). Mulanya MAY adalah ketika mereka menyertai pertandingan Juara Juara Rock 1986. Dalam pertandingan tersebut, MAY telah dinobatkan sebagai juara. MAY berjaya mengalahkan kumpulan kumpulan hebat yang lain seperti Febians, Metalian dan Scandals. Mus telah memenangi anugerah vokalis terbaik dalam pertandingan tersebut. Sebelum terkenal, MAY selalu mengiringi konsert bersama kumpulan SYJ.

Album pertama MAY diterbitkan pada tahun 1987 berjudul 'Dilema' dan diterbitkan sendiri oleh MAY. Sebelum 'Dilema', MAY merakamkan sebuah mini album 'Juara Juara Rock' mengabdikan enam lagu. Lagu popular bagi album tersebut ialah 'Derita Bangsa', 'Bayangan Hidup' dan Sketsa Sebuah Cinta'. Bagi album 'Dilema', lagu hits adalah 'Ku Dalam Dilema', 'Sketsa Sebuah Cinta' (lagu yang diambil dari Juara Juara Rock) dan 'Keadilan'.

Album kedua MAY yang berjudul 'Hakikat' adalah album yang telah menaikkan nama MAY. Album ini berjaya dijual sebanyak 200 000 unit. Lagu lagu seperti 'Sendiri', Cintamu Mekar Dihati', 'Dari Kacamata' dan 'Hakikat Perjuangan' menjadi hits lantas menjadi siulan anak anak muda diketika itu. Lagu 'Sendiri' juga telah berjaya memasuki pertandingan akhir dalam Muzik Muzik.

Rahsia' adalah nama album MAY yang ketiga. Ia diterbitkan pada tahun 1990. Lagu hits mereka ketika itu adalah 'Gadis Bertudung Putih' dan 'Pahlawan Mimpi'. Lagu lagu heavy mereka dalam album ini seperti 'Pahlawan Mimpi', 'Rahsia Kota' dan 'Black Area' amat diminati ramai.


Pada tahun 1991, MAY telah menerbitkan album keempat mereka berjudul 'Strategi'. Lagu hits adalah lagu 'Strategi' dan 'Abadi'. Album ini juga menampilkan satu lagu ala trash yang berjudul 'A.L.A.M' (Aku Lahir Antara Mereka).
Mus mengundurkan diri sebagai vokalis utama MAY selepas album ini.
Setelah album 'Keras', MAY seolah olah lenyap dari industri muzik rock tanahair. Ditahun 2002 ada khabar khabar angin yang Mus mungkin akan kembali kepada MAY. Mus akan kembali pada asal usulnya menjadi vokalis MAY setelah bergiat secara solo, bersama kumpulan Strangers dan Wings. Pada tahun 2003, khabar angin itu menjadi kenyataan apabila MAY mengumumkan tentang album terbaru mereka 'Sinar' dan Mus kembali menjadi vokalis utama mereka. Album 'Sinar' adalah album yang dinanti nantikan peminat setia MAY kerana MAY telah 'menghilang' selama lima tahun. Album ini dapat sambutan hangat dari peminat muzik rock tempatan. Lagu hits dalam album ini ialah 'Sinar', 'Mai Pen Rai', Ketat & Sendat' dan 'Jiwa Karat'. Lagu 'Sinar' ciptaan Mus telah berjaya memasuki pertandingan akhir Muzik-Muzik pada tahun itu. Album 'Sinar' ini juga telah dinobatkan sebagai 'Album Hard Rock Terbaik 2004' Anugerah Industri Muzik (AIM).

1 comments:

Shayna Rose said...

ratib, ko ni memang penggemar rock ya? =)