CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, September 19, 2007


kenangan bersama hang tuah dan ajk publisiti dan dayang istana.
sungguh bergaya hang tuah masa tu ha..ha

inilah antara gambar kenangan hang tuah bersama rakan-rakan lain.apa yang pasti kenangan mtsr kali ke-22 sukar dilupakan dan akan senantiasa tersimpan dalam memori setiap insan yang menjayakannya lebih-lebih lagi kepada watak hang tuah.Rakan-rakan lain tak kurang hebatnya. Setiap dari mereka yang terdiri dari pelajar sastera tulen berjaya membawa watak yang diamanahkan dengan sungguh berkesan dan mencuit perasaan. Kata orang tuaku, berkawan biar seribu, musuh jangan dicari.....Disinilah kami belajar berdikari dan berkerjasama serta mengeratkan hubungan silaturrahim yang telah sedia terjalin. Ha.ha,ha, terima kasih sahabatku. Kalian memang terbaik , akan aku abadikan kenangan kita hingga kepuncak tertinggi ingatanku dalam kehidupan ini.



HANG TUAH LAMBANG KEPAHLAWANAN
hah sungguh bergaya abang berdua ni.lihatlahtu gaya macam pahlawan melaka yang gagah perkasa.kalau nak tau yang berbaju coklat tu adalah pahlawan kita yang memegang watak hang tuah dalam mtsr tahun 2007 kali ke-22. wah... sungguh bergaya dia masa tu.nama dia muhmmad ratib matal.no matrik 133218.. k nak cerita sikit, masa berlakon.hang tuah ni sebenarnya orangnya yang pemalu lebih-lebih lagi pada perempuan.tapi memandangkan dia ni hanya seorang saja yang berkelayakan memegang watak hang tuah mau tak mau terpaksalah dia ambil watak tu. sungguh tak disangka lakonan beliau sungguh menakjubkan dan berjaya menjayakan mtsr kali ke-22 dengan jayanya.sampailah pensyarah kursus ini memberikan keputusan A dalam kursus ini. tulah dia kepahlawanan hang tuah bukan saja berjaya melakonkan watak hang tuah malah berjaya mendapat keputusan A dalam kursus tersebut.

Wednesday, August 29, 2007

hari ini merdeka ke 50

Tanggal 31 bulan 8 akan kembali berdetik pada malam ini. tarikh ini merupakan tarikh keramat bagi negara kerana genap pada malam ini tarikh ini akan berdetik bagi menandakan negara kita akan mencapai kemerdekaan yang ke 50. sepanjang 50 tahun merdeka ini,pelbagai perubahan telah berlaku sama ada dari segi sosial,ekonomi,dan politik kepada negara.perubahan ini telah membawa dimensi baru kepada imej dan membuka lembaran baru kemajuan negara yang dikecapi pada hari ini.50 tahun merdeka ini juga telah menunjukkan bagaimana pemimpin-pemimpin negara kita telah berjaya membawa negara kepada era modenasi dan kesenangan hidup kepada negara kita.saya sebagai remaja berjaya pada hari ini begitu turuja dan berasa bangga terhadap negara yang bebas merdeka dan mencapai kemajuan.dalam diri saya ini lahir sifat patriotik kepada negara.semangat patriotik ini perlu ada pada setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia.kerana dari semangat inilah akan membawa negara kita Malaysia bebas daripada belenggu penjajahan dan sentiasa aman damai. Semoga dengan kemerdekaan yang ke 50 ini akan membawa sinar kepada rakyat,agama dan negara kita.MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA!