CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, March 24, 2008

SEJARAH KUMPULAN ROCK MAY


Kumpulan MAY adalah kumpulan rock lagenda. Mereka dikenali bukan sahaja di Malaysia tetapi diseluruh nusantara ini. MAY bukan sahaja berbakat bermain alat muzik tetapi boleh juga mencipta lagu dan kesemua album mereka diterbitkan sendiri oleh mereka. Setelah sekian lama memperjuangkan muzik hard rock tersendiri mereka, website rekaan aku ini adalah website tribute untuk kumpulan lagenda ini.
Kumpulan MAY telah ditubuhkan pada tahun 1986 oleh empat anak muda yang berasal dari Manjoi, Perak Malaysia. MAY adalah pangkal huruf bagi Man (ketua/drummer), Mus (vokalis), Abu (guitar) dan Yus (bassist). Mulanya MAY adalah ketika mereka menyertai pertandingan Juara Juara Rock 1986. Dalam pertandingan tersebut, MAY telah dinobatkan sebagai juara. MAY berjaya mengalahkan kumpulan kumpulan hebat yang lain seperti Febians, Metalian dan Scandals. Mus telah memenangi anugerah vokalis terbaik dalam pertandingan tersebut. Sebelum terkenal, MAY selalu mengiringi konsert bersama kumpulan SYJ.

Album pertama MAY diterbitkan pada tahun 1987 berjudul 'Dilema' dan diterbitkan sendiri oleh MAY. Sebelum 'Dilema', MAY merakamkan sebuah mini album 'Juara Juara Rock' mengabdikan enam lagu. Lagu popular bagi album tersebut ialah 'Derita Bangsa', 'Bayangan Hidup' dan Sketsa Sebuah Cinta'. Bagi album 'Dilema', lagu hits adalah 'Ku Dalam Dilema', 'Sketsa Sebuah Cinta' (lagu yang diambil dari Juara Juara Rock) dan 'Keadilan'.

Album kedua MAY yang berjudul 'Hakikat' adalah album yang telah menaikkan nama MAY. Album ini berjaya dijual sebanyak 200 000 unit. Lagu lagu seperti 'Sendiri', Cintamu Mekar Dihati', 'Dari Kacamata' dan 'Hakikat Perjuangan' menjadi hits lantas menjadi siulan anak anak muda diketika itu. Lagu 'Sendiri' juga telah berjaya memasuki pertandingan akhir dalam Muzik Muzik.

Rahsia' adalah nama album MAY yang ketiga. Ia diterbitkan pada tahun 1990. Lagu hits mereka ketika itu adalah 'Gadis Bertudung Putih' dan 'Pahlawan Mimpi'. Lagu lagu heavy mereka dalam album ini seperti 'Pahlawan Mimpi', 'Rahsia Kota' dan 'Black Area' amat diminati ramai.


Pada tahun 1991, MAY telah menerbitkan album keempat mereka berjudul 'Strategi'. Lagu hits adalah lagu 'Strategi' dan 'Abadi'. Album ini juga menampilkan satu lagu ala trash yang berjudul 'A.L.A.M' (Aku Lahir Antara Mereka).
Mus mengundurkan diri sebagai vokalis utama MAY selepas album ini.
Setelah album 'Keras', MAY seolah olah lenyap dari industri muzik rock tanahair. Ditahun 2002 ada khabar khabar angin yang Mus mungkin akan kembali kepada MAY. Mus akan kembali pada asal usulnya menjadi vokalis MAY setelah bergiat secara solo, bersama kumpulan Strangers dan Wings. Pada tahun 2003, khabar angin itu menjadi kenyataan apabila MAY mengumumkan tentang album terbaru mereka 'Sinar' dan Mus kembali menjadi vokalis utama mereka. Album 'Sinar' adalah album yang dinanti nantikan peminat setia MAY kerana MAY telah 'menghilang' selama lima tahun. Album ini dapat sambutan hangat dari peminat muzik rock tempatan. Lagu hits dalam album ini ialah 'Sinar', 'Mai Pen Rai', Ketat & Sendat' dan 'Jiwa Karat'. Lagu 'Sinar' ciptaan Mus telah berjaya memasuki pertandingan akhir Muzik-Muzik pada tahun itu. Album 'Sinar' ini juga telah dinobatkan sebagai 'Album Hard Rock Terbaik 2004' Anugerah Industri Muzik (AIM).

SEJARAH KUMPULAN WINGS




SEJARAH KUMPULAN WINGS
Kumpulan Wings merupakan sebuah kumpulan penyanyi irama 'rock' di Malaysia.
Sejarah penubuhan Kumpulan Wings bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situlah empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll di sepanjang persembahan yang mereka lakukan. Bermulalah kelahiran kumpulan Wings tetapi kumpulan ini masih belum mempunyai nama.
Anggota asal kumpulan Wings ialah Awie, Jojet, Jo, Syam.Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet telah berhijrah ke kumpulan Gersang dan Jo mengundurkan diri.
Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini. Ilham penggunaan nama WINGS sebagai nama kumpulan dicetuskan oleh Awie apabila orang ramai selalu menegurnya kerana lengannya yang berotot atau lebih tepat seperti 'sesayap' (wing). WINGS bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama dengan bantuan 2 anggota baru iaitu Eddie dan Black yang menggantikan tempat Jojet dan Jo selain Awie dan Syam selaku anggota asal. Pada masa itu, pengurus kumpulan WINGS adalah Bob Lokman.
Pada ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti Wings sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanahair. Wings tampil dengan kelainan tersendiri dimana muzik yang dibawakan oleh mereka cukup mantap walaupum ini adalah album pertama.
Dengan susunan muzik yang baik dan vokal yang bertenaga serta dibantu oleh penggubah terkenal seperti M. Nasir, J.S Kevin, perjudian pertama Wings di persada seni tanahair menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu-lagu mereka tidak dibenar penyiarannya di radio dan TV oleh RTM, pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang `Belenggu Irama` ini.
Lagu-lagu seperti 'Belenggu Irama', 'Intan Ku Kesepian' dan 'Peronda Jaket Biru' adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia ketika itu. Pihak RTM tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu-lagu Wings atas alasan lirik, lagu dan latar belakang Wings yang dikatakan keterlaluan dan tidak menepati syarat untuk disiarkan. Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, Wings berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran, album ini dikatakan telah terjual lebih 60,000 unit.
Selepas itu, populariti Wings terus meningkat. Konsert mereka sentiasa mendapat perhatian ramai dan rata-rata para peminat amat terhibur dengan persembahan Wings yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.
Akan tetapi, tidak berapa lama selepas itu pertukaran ahli berlaku dimana Sham yang sebelum ini bertindak sebagai pemain gitar telah menarik diri dan kekosongan ini digantikan oleh Joe, seorang gitaris kidal belasan tahun yang sebelum itu merupakan anggota kumpulan rock Scandals. Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan Wings kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar.
Ahli
Penyanyi Utama
1. Awie (Ahmad Azhar Othman) 1985 - 1993. 2002 - Hari ini
2. Mel (Ismail Zainuddin) 1995 - 1996
3. Mus (Mustafa Din) 1996 - 2001
Pemain Gitar
1. Sham (Sham Baharom) 1985 - 1987
2. Tham Wing Kwan 1987 (Tiada Album)
3. Joe (Abd Zamin Abd Kadir) 1988 -
Pemain Bass
1. Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris) 1985 -
Pemain Dram
1. Black(Azmi Hashim) 1985 - 1990. 1994 -
2. Jojet 1990 - 1993
Berikut diceritakan secara ringkas sejarah angota kumpulan Wings. Joe pernah manganggotai kumpulan Scandals sebelum memasuki Wings. Black keluar dari Wings setelah album Teori Domino dikeluarkan dan digantikan dengan Jojet, bekas ahli kumpulan Gersang. Beliau kembali menjadi pemain dram Wings pada tahun 1994 setelah Jojet pula keluar dari Wings.
Sejarah pertukaran penyanyi utama kumpulan Wings cukup menarik. Awie yang sudah cukup sebati dan merupakan salah satu imej kumpulan muzik ini, tiba-tiba meninggalkan Wings di kala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Bazooka Penaka. 2 tahun kemudian barulah pengganti Awie ditemui. Mel, penyanyi berbakat yang sudah lama menceburi bidang nyanyian secara tak langsung dipilih menjadi penyanyi utama Wings dan album Orang Asing di hasilkan.
Walaubagaimana pun jodoh Mel dengan Wings tidak kekal berpanjangan. Tidak lama selepas itu, Mel keluar dari Wings dan Wings bernasib baik kerana tempat beliau diganti oleh Mus, bekas penyanyi utama kumpulan May yang seangkatan dengan Wings. Sebenarnya telah lama kedengaran ura-ura yang Mus akan memasuki kumpulan Wings. Sebab itulah setelah Mel dan Wings nyata tidak serasi, Mus segera menerima tawaran dari Wings untuk bersama 3 lagi anggota Wings meneruskan misi perjuangan mereka di bidang seni tanahair. Sebanyak 6 buah album termasuk satu album kompilasi sudah dihasilkan dalam tempoh pembabitan Mus bersama Wings dan vokal Mus makin serasi dengan muzik Wings. Album terakhir Mus bersama Wings adalah Mr. Barbarik. Mus kemudian kembali ke kumpulan asalnya, May dan tempatnya digantikan semula oleh penyanyi asal Wings, Awie. Dengan penggabungan kembali Awie sebuah album telah terhasil, Naga Kramat. Kini Kumpulan Wings masih lagi diterima peminat-peminat yang merindukan zaman kegemilangan mereka.
Ironinya, walaupun Wings telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran, terutama sekali apabila vokalis utama mereka Awie memgambil keputusan untuk menarik diri dan bergerak secara solo, namun Wings masih lagi mampu mempertahankan reputasi mereka dalam industri muzik rock tanah air. Mereka tidak cepat melatah untuk terus membubarkan kumpulan Wings, lantas mengambil inisiatif dengan menerbitkan album Wings & Superfriends 1 & 2, yang menggabungkan beberapa artis rock popular tanah air. Ini membuktikkan bagi mewujudkan sebuah kumpulan muzik, mereka tidak seharusnya bergantung kepada kredibiliti penyanyi semata-mata tetapi perlu mengambil inisiatif bagi memastikan Wings terus bertahan dan kekal sebagai salah sebuah kumpulan rock paling berpengaruh di Malaysia.

Sunday, March 23, 2008

Keindahan Malaysia




Iklim
Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang tahun. Lazimnya, iklim tersebut dipengaruhi oleh dua Angin Monsun (Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut). Purata suhu harian di seluruh Malaysia ialah antara 21� C hingga 32� C. Cuaca Malaysia tertakluk kepada pengaruh laut dan perubahan sistem angin yang bertiup dari Lautan Hindi (Angin Monsun Barat Daya - Mei hingga September) dan Laut China Selatan (Angin Monsun Timur Laut - November hingga Mac). Hujan tahunannya adalah di antara 80 peratus setahun iaitu 2000mm hingga 2500mm.
Flora

Hutan Hujan Khatulistiwa (Tropika) di Malaysia dianggap yang tertua di dunia. Bumi Malaysia masih diliputi dengan sejumlah 61 peratus Hutan Hujan Khatulistiwa. Malaysia mempunyai keluasan hutan kira-kira 77.2 peratus daripada jumlah keluasan keseluruhannya iaitu lebih daripada 20.36 juta hektar.


Di Semenanjung Malaysia sahaja hutan meliputi 4.8 peratus iaitu Pahang (37.6 peratus), Kelantan (15 peratus), Perak (14.4 peratus) dan Terengganu (37.6 peratus). Manakala, keluasan hutan di Sabah meliputi 62.5 peratus dan Sarawak mempunyai keluasan hutan terbesar iaitu meliputi 75 peratus.


Di samping itu, terdapat hutan bakau serta hutan dipterokrapa yang boleh
dikelaskan berdasarkan ketinggian kawasan di atas aras laut seperti Hutan
Pamah Dipterrokarpa (Hutan di kawasan tanah rendah dan di kaki bukit sehingga ketinggian 300 meter), Hutan Dipterokarpa Bukit (Hutan bukit antara ketinggian 300 meter � 762 meter), Hutan Dipterokarpa Atas (Hutan di antara ketinggian 762 meter � 1200 meter), Hutan Oak-Gunung (Hutan di antara paras ketinggian 1200 meter � 1500 meter) dan Hutan Ericaceous Gunung (Hutan melebihi 1500 meter).

Fauna

Hutan hujan di Malaysia menjadi habitat kepada beribu-ribu spesies binatang yang kebanyakannya bukan sahaja unik bagi kawasan ini malahan juga di dunia. Terdapat lebih 185,000 spesies binatang (16 peratus daripada jumlah di dunia) terdapat di Malaysia. Sebanyak 286 spesies mamalia, 736 spesies burung, 406 spesies amfibia dan reptilia, 200 spesies binatang liar dan lebih daripada 100,000 spesies serangga telah dapat direkodkan. Antara spesies mamalia yang tinggal di hutan Malaysia termasuk orang utan, harimau, gajah, badak sumbu, tapir, kerbau liar, musang, harimau bintang, beruang dan dua jenis rusa iaitu sambar dan kijang.


Pantai Timur Semenanjung merupakan kawasan pendaratan penyu terutamanya penyu belimbing. Rantau Abang di Terengganu adalah kawasan yang penting pendaratan penyu. Turtle Islands Marine Park di Sabah juga merupakan kawasan yang penting untuk pemuliharaan penyu di rantau ini. Terdapat hanya dua spesies buaya di Malaysia iaitu buaya tembaga dan buaya jolong-jolong. Buaya boleh didapati di sungaisungai besar terutamanya di Sarawak. Tuntung sungai boleh didapati di kebanyakan sungai di Semenanjung Malaysia dan populasi utama didapati di sungai-sungai di Negeri Perak, Kedah, Terengganu dan Pahang.

SEARCH TETAP UNGGUL







Kumpulan Search ditubuhkan pada 1981 dan setelah lebih dari dua dekad berada di dalam industri, Search masih tetap berdiri kukuh dan para peminat kumpulan tersohor ini tidak pernah mengenal erti jemu menyokong mereka. Lagu-lagu evergreen kumpulan ini seperti “Isabella”, “Fantasia Bulan Madu”, “Rozana”, “Gadisku” dan banyak lagi masih diperdengarkan di corong-corong radio tempatan dan tetap menjadi siulan ramai. Showcase istimewa ini sudah pasti bakal mengubat rindu para peminat muzik rock sejati di luar sana yang sudah lama menantikan kemunculan kumpulan rock lagenda ini buat yang ke sekalian kalinya. Tidak dapat dinafikan, Search yang juga tersenarai dalam kelompok perintis irama rock di negara ini yang mempunyai ramai pengikut sehingga hari ini. Pengalaman lebih dari 25 tahun berada di persada seni ini melayakkan mereka dinobat sebagai di antara barisan artis yang cukup dihormati dan disanjungi sekali.
Search baru sahaja melahirkan album mereka yang ke-10; Gotik Malam Edan dan apa yang lebih istimewanya lagi mengenai album ini ialah, Search berjaya menggabungkan kembali barisan pemuzik asal mereka; Amy (Vokal), Hillary Ang (Gitar), Nasir (Gitar Bass) dan Yazid (Drum). Kemunculan album ini cukup dinanti-nantikan oleh peminat-peminat mereka di luar sana dan sesungguhnya penantian itu cukup berbaloi kerana album terbaru kumpulan ini adalah di antara yang terbaik dari mereka dan cukup unik sekali!
Para peminat kumpulan gergasi ini yang ada di luar sana dijemput untuk hadir menyaksikan persembahan live mereka ini di dalam suasana yang penuh intimasi hanya di Planet Hollywood pada September ini. Kali terakhir mereka beraksi di pentas utama Planet Hollywood ialah tiga tahun dahulu (2004) dan sambutan yang diberikan cukup hebat sekali! Tiket berjaya dijual habis dan rata-rata yang hadir melahirkan kepuasan dalam diri masing-masing. Itulah Search! Ikon Rock Malaysia yang sebenarnya!

Isu Dadah




Masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia telah tiba di tahap serius dan dianggap sebagai ancaman utama negara mengambilalih ancaman komunis yang telah meletak senjata. Di antara faktor-faktor yang meletakkan penyalahgunaan dadah sebagai ancaman utama negara ialah :-
� Jumlah penagih yang didaftar lebih kurang 200,000 orang;
� Jumlah wang yang terlibat untuk pemulihan;
� Kos rawatan, perubatan, tenaga kerja yang hilang;
� Kesan dan kerugian dari segi ekonomi, sosial dan jenayah.

Malaysia terlalu dekat dengan Golden Triangle iaitu kawasan terbesar di dunia yang mengeluarkan pelbagai jenis dadah. Pengedaran dadah, jenis candu, heroin dan ganja adalah dari kawasan Golden Triangle masuk ke Malaysia melalui Thailand. Pengaliran dadah sintetik seperti dadah syabu adalah daripada negara Filipina, dan ecstacy dari negara-negara Eropah.

Bermula pada tahun 1997 hingga April 1999, PDRM berhadapan dengan seramai 87,868 orang penagih dadah, terdiri daripada 45,869 penagih baru dan 41,999 penagih tegar. Penyalahgunaan dadah ini juga telah menular ke kawasan FELDA, sektor perkilangan dan para nelayan. Seramai 3,551 orang peneroka, 2,189 pekerja sektor perkilangan dan 2,620 nelayan telah terlibat. Dari sejumlah2,620 nelayan tersebut, seramai 384 dihinggapi HIV dengan 20 kematian.

Penguatkuasaan
Dasar penguatkuasaan kita adalah menyekat kemasukan dadah dan mengambil tindakan terhadap pengguna-pengguna dadah. Kita mempunyai peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk tujuan penguatkuasaan.

Tangkapan
Bagi tempoh 1997 hungga Jun 1999, seramai 4,334 orang telah ditangkap kerana disyaki mengedar dadah di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952. Seramai 3,856 orang ditangkap di bawah Undang-Undang Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

Rampasan
Sebanyak 173,387 kg. Candu, 703,447 kg. Heroin dan 6,148.203 kg. Ganja telah dirampas dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Pengesanan/Pembongkaran
Kita telah mengesan 17 sindiket yang terlibat dengan senjatapi; 23 tangkapan telah dibuat, di mana 9 daripada mereka telah terkorban selepas tembak menembak dengan pihak polis. Sebanyak 20 pucuk pistol dan 1,294 butir peluru telah dirampas dari sindiket pengedaran dadah.
Jabatan ini juga telah berjaya membongkar 14 buah makmal haram dan berjaya menangkap 17 ahli sindiket yang sedang memproses dadah di makmal tersebut.

Rampasan Harta
PDRM juga telah berjaya merampas harta bernilai RM41.93 juta, terdiri dari 7 buah bot, 2 buah bungalow, 3 buah kondominium, 13 buah rumah teres, 157 buah kereta mewah dan wang tunai.

Tangkapan Warganegara Asing
Seramai 241 warganegara asing telah ditangkap dalam pengedaran dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seramai 434 orang pendatang haram telah ditangkap di bawah akta yang sama.

Di samping itu, dengan kerjasama di antara Jabatan Narkotik dan agensi-agensi penguatkuasaan dadah antarabangsa, seramai 26 rakyat Malaysia telah ditangkap di luar negara kerana penglibatan dalam pengedaran dadah di peringkat antarabangsa.

Hukuman
Sehingga tahun Jun 1999, seramai 209 orang telah menjalani hukuman gantung sampai mati, manakala seramai 270 rakyat Malaysia dan 26 orang rakyat asing masih menunggu hukuman gantung sampai mati.

Operasi Bersama Peringkat Antarabangsa
Bagi membendung pengaliran dadah ke negara ini, pihak PDRM telah mengambil bahagian di dalam "International Narcotics Joint Operations" di peringkat antarabangsa. Oleh kerana komitmen negara ini, Pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengiktiraf Malaysia sebagai "Model for countries that need to estabilish more effective control systemナ." Pengiktirafan yang sama turut diberikan oleh Presiden Amerika Syarikat.
Pada tahun 1998 Malaysia juga telah diiktiraf oleh negara tersebut sebagai bukan lagi negara transit bagi pengedaran dadah antarabangsa. Pihak berkuasa Drug Enforcement Administration - United States Department of Justice telah memberi penghargaan kepada pihak kita "For Outstanding Contribution In The Field Of Drug Law Enforcement".
Pada tahun 1999 Presiden Interpol telah memberi penghargaan kepada langkah-langkah penguatkuasaan yang diambil oleh Malaysia untuk membenteras pengedaran dadah. Dengan kerjasama di kalangan semua rakyat dan pihak agensi kerajaan yang lain, PDRM dapat membendung masalah penyalahgunaan dan pengedaran dadah di Malaysia.

Kesan Buruk Najis Dadah
� Merosakkan sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang)
� Mengakibatkan kematian mengejut
� Dalam keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal pergerakan badan
� Risiko jangkitan AIDS, hepatitis dan kancing gigi apabila menggunakn alat suntikan yang kotor.
� Kesan kepada wanita mengandung :- keguguran, kelahiran bayi songsang, lahir belum cukup umur, kematian bayi semasa lahir dan melahirkan bayi yang menunjukan gejala tarikan.
� Melemah dan merosakkan daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah.
� Melemahkan aktiviti otak,terutama daya menyelesaikan masalah, budibicara dan penganalisaan.

Peranan Ibubapa Membasmi Dadah
� Mengamalkan hubungan yang erat dikalangan ahli keluarga
� Memberi kasih sayang yang sama rata kepada semua ahli keluarga
� Menjadikan diri anda sebagai contoh yang baik.
� Meluangkan masa untuk bersama anak-anak dan ahli keluarga.
� Sentiasa bersedia berkomunikasi dan mendengar masalah anak-anak.
� Peka dan mengambil tahu aktiviti-aktiviti anak dan rakan sebayanya.
� Menentukan ahli keluarga memperolehi ubatan-ubatan dari daktor atau ahli farmasi yang bertauliah dengan sukatan-sukatan yang telah ditetapkan.
� Peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal yang mungkin dijadikan sarang penagih najis dadah dan melaporkan kepada pihak polis jika terdapat pergerakan yang mencurigakan..
� Memberikan sokongan kepada program pemulihan najis dadah yang melibatkan ahli-ahli keluarga.

Tanda-tanda Penagihan Dadah
Simptom atau tanda yang perlu diberi perhatian. Setengah dari simptom ini boleh berdiri berasingan dan setengahnya pula berkombinasi dengan simptom � simptom yang lain.
Adanya perubahan/merosot kehadiran atau prestasi mutu kerja, hasil kerja dan disiplin di sekolah/tempat kerja.
Marah � marah atau meradang tak tentu sebab.
Turun berat badan, selalu menguap dan tidak bermaya.
Hilang selera makan atau selera bertambah.
Permukaan mata berkaca, cengkung, mata berair dan kuyu.
Apabila bercakap tidak bertentang mata.
Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri, tidak ceria, muka menjadi pucat.
Parut atau bekas suntikan di lengan.
Diri menjadi tidak terurus seperti malas mandi, gosok gigi.
Hujung jari dan kuku berwarna kekuningan atau kemerahan.
Selalu menggaru terutamanya dibahagian hidung dan kelakuan aneh.
Suka memencilkan diri di dalam bilik air, setor, rumah kosong, masuk di dalam semak dan tempat dimana tiada orang.
Tidak mahu makan bersama�sama keluarga dan suka makan di tengah malam berseorangan.
Hilang minat terhadap sukan, muzik dan sebagainya.
Suka menyembunyikan barang-barang persendirian, tidak suka akan pertanyaan dari orang lain, bertanyakan apa yang dilakukan, menjadi seorang pendiam dan kuat berahsia.
Menjadi rajin, agresif, tersengih-sengih atau terlalu gembira secara tiba-tiba.
Suka berkawan dengan orang lain tanpa kebenaran, kerap meminta atau meminjam wang tanpa membayar balik.
Melakukan kegiatan mencuri di sekolah, rumah, tempat kerja, rumah jiran, kawan dan saudara mara.
Suka berbohong, menipu dan berpura-pura berlagak baik atau main wayang.
Menjadi orang yang tidak bertanggungjawab dan selalu menyalahkan orang lain. Hilang tumpuan terhadap kerja atau tugasan dan tidak dapat menyudahkan kerja yang diberi (kerja separuh jalan atau kerja tidak pernah siap).
Keluar rumah pada masa tertentu, mungkin untuk berjumpa pengedar.
Meminta wang berlebihan daripada Ibu Bapa.
Mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang.
Berdampingan dengan mereka yang diketahui penagih

Thursday, March 13, 2008

Isu Mat Rempit


Mat Rempit yang terlibat dengan kegiatan tidak bermoral dalam sekelip mata. “Saya baru dua bulan mendekati Mat Rempit, sedangkan masalah mereka sudah berlaku sejak 20 tahun lalu. Tugas ini sangat sukar dan tidak ada pihaknya yang tampil mendekati golongan itu sebelum ini. “Saya telah menemui kira-kira 10,000 Mat Rempit dan 20 peratus daripada mereka yang bermasalah itu telah kembali ke pangkal jalan. Saya anggap ini satu permulaan yang memberangsangkan. “Seramai 99 peratus Mat Rempit adalah orang Melayu iaitu bangsa saya sendiri. Kalau saya tidak tolong mereka, siapa lagi,” katanya ketika ditemui malaysia kini.
Mat Rempit ialah pelumba haram motosikal secara berkumpulan terutama pada malam minggu di tengah kota. Bagaimanapun, bukan semua penunggang motosikal adalah Mat Rempit, daripada perkiraan ada lebih 150,000 Mat Rempit di seluruh negara dengan kira-kira 50,000 berada di Lembah Kelang. Katanya, di Lembah Kelang sahaja ada 28 kelab Mat Rempit dan setiap dianggotai oleh kira-kira 60 orang dan ramai lagi yang tidak menyertai kelab, 80 peratus Mat Rempit dikategorikan sebagai Mat Rempit moderat iaitu boleh dipulihkan melalui sedikit bimbingan kepada mereka. Berhijrah ke kota Manakala 20 peratus lagi berada dalam kumpulan Mat Rempit yang ekstrim iaitu Mat Rempit yang liar yang sering terbabit dengan kegiatan tidak bermoral seperti jenayah, ragut dan rogol. “Mat Rempit ini sudah wujud sejak 20 tahun lalu dan jumlahnya semakin ramai kerana pertambahan penduduk serta bilangan remaja yang berhijrah ke kota untuk bekerja dan belajar. “Mat Rempit kebanyakannya terdiri daripada pekerja kilang, penghantar surat, pekerja pasar raya dan sebagainya. Mereka menunggang motosikal setiap hari dan berkumpul sesama mereka pada hujung minggu. “Apabila kerap berkumpul, mereka membentuk kumpulan masing-masing untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama berlumba pada malam hinggu,” pada masa yang sama kerajaan juga perlu memberi tumpuan kepada kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 12 dan 16 tahun kerana mereka berpotensi turut menjadi Mat Rempit, kanak-kanak ini menunggang basikal di merata tempat dalam kumpulan masing-masing termasuk pada waktu malam. “Saya sendiri pernah melihat kumpulan kanak-kanak yang menunggang basikal dari Gombak ke Shah Alam pada waktu malam,” katanya lagi. Beliau berkata, jika aktiviti mereka ini tidak disekat dari awal, ada kemungkinan mereka akan menjadi Mat Rempit.


Hapuskan Gejala Rempit


Ratib Matal

Wawasan 2020


PERSPEKTIF WAWASAN 2020
Latarbelakang
Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28
Februari 1991, Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan
satu kertas kerja bertajuk "Malaysia - Melangkah ke Hadapan"
yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai
matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun
2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020".
Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi
merupakan tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosial
dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan
antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara.
Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan
dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil
dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan
ditempuh oleh negara.
Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan
sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun
2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang
ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek
kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan
dan kebudayaan.
Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka
akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu
berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati
kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang
demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing,
dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi.
Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara
bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan
caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak
negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan
ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur
dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah
ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna
dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi
oleh negara-negara lain.
Cabaran
Objektif
Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia
dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan/rintangan
yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini diperturunkan
sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu: (i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai
matlamat yang serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti
menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat
wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama
sepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu bangsa
Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi
kepada negara;
(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan
maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga
dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi
pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat
dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar
semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan
dihormati oleh rakyat negara lain;
(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang
matang, mengamalkan satu bentuk persefahaman yang
matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang
boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;
(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan
beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai
agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika
paling tinggi;
(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur,
rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat,kebudayaan
dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang
sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;
(vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,
mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke
depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi
tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan;
(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi,
iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat
lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan
tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di
sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;
(viii)Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
Iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan
kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud
perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam
perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak
akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan
fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi
berdasarkan kaum; dan
(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi
bersaing, dinamik, giat dan kental.Perspektif Cabaran-cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkan
beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan
Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu ini ialah:- (i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia.
Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam
kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang
rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum,
keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara
bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan
kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran
terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk
kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi
konsep ini istilah seperti perpaduan negara,
kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi
perlulah difahami dan diamalkan.
(ii) Negara Perindustrian
Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan
kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian
adalah mempunyai status negara maju. Wawasan 2020
berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses
transformasi ini yang telah dimulakan sejak merdeka
lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di
pertengahan jalan. Ini adalah kerana proses ini bukan
sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan
bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan
perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong
oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang
tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau
mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh mencipta,
menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negara
perindustrian pertumbuhan ekonomi yangamat pesat
amatlah penting. Ia sudah tentunya berkait dengan
sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara
langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing,
kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan
menghadapi cabaran-cabaran. Di peringkat ini peranan
sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi
jentera Pertumbuhan.
(iii) Keadilan Ekonomi dan Sosial
Penwujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang
ekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal
sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi
penwujudan satu negara maju dan bersatu. Ini ialah
kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud
keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segala-
galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir.
Pernyataan Wawasan ini adalah mempakan penegasan
semula keatas isu yang sentiasa diberi dan meminta
perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan,
keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara
wilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan luar
bandar. Dalam konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya
telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir
terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum
golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah
menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki
ketidak-adilan. Kesungguhan bagi mencapai tahap
keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke
dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan
dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan
Malaysia Keenam.
(iv) Moral dan Etika
Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang
yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala-
Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegang
kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan
kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah
penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai
moral dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraan
dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak
membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni
(seperti di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam)
akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak
menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.
(v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan.
Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok sistem
sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan hakikat
bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat
dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara. Ini
membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuah
negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan
masyarakat. Penegasan ini amatlah benar kerana
keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang
mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan
pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa yang
merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk
masyarakat penyayang dan budaya menyayangi)
sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini
hendaklah digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan
rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam
memajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlu
bagi mewujudkan keluarga dan masyarakat yang sempurna.
Penutup
Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan
ekonomi semata-mata kerana ia mementingkan persoalan
pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi negara
perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih
daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara
berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti
pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika,
kebudayaan kebangsaan, pembangunan sumber manusia dan
lain-lain.
Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi
ia lebih merupakan rangka kerja tindakan framework of action
bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu
bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar
maju dan makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebut
memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya ialah
kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan,
perubahan sikap dan nilai, penekanan keada sains dan
teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih
dinamik.
Sumber : Pejabat Perdana Menteri

Wednesday, March 12, 2008

Kes Penculikan Kanak-Kanak

Negara kita pada hari ini telah dilanda dengan pelbagai masalah jenayah yang cukup menakutkan masyarakat sekeliling tentang fenomena ini. Antara jenayah yang hangat diperkatakan pada masa kini ialah "Penculikan Kanak-Kanak". Mengapakah kes ini masih berleluasa dan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. dimanakah letaknya sifat keperimanusian golongan-golongan yang bertanggungjawab menjalankan jenayah ini. Apakah kanak-kanak yang tidak berdosa ini patut dijadikan hamba oleh golongan ini?

Komen saya...

Memang sejak akhir-akhir ini maslah jenayah yang melibatkan kes penculikan kanak-kanak semakin berleluasa berlaku. negara kita pada hari ini digemparkan dengan jenayah ini yang amat memilukan dan menyedihkan, apa tidaknya sudahlah dicolek, kanak-kanak tidak berdosa ini diperlaku seperti binatang dan tidak berperikemanusian oleh golongan manusia yang bertopengkan binatang dan syaitan...

Apa yang menyedihkan lagi Kanak-kanak yang tidak berdosa ini juga turut menjadi mangsa seksual oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini.Contoh kes penculikan Nurul Jazlin tahun lalu. kanak-kanak yang tidak berdosa ini telah diperlakukan oleh manusia-manusia yang jahil yang tida sifat kemanusiaan di kalangan mereka. Adik Nurul Jazlin telah diculik dan dibunuh dengan keadaan yang amat menyedihkan.

Banyak lagi contoh-contoh lain yang berlaku dengan keadaan yang hampir sama. Yang terbaru hingga kini masih belum mendapat jawapan dan kesahihan tentang kes penculikan Adik Sharlene yang hampir masuk mencecah tiga bulan kehilangan adik sharlene. Dimanakah Adik Sharlene? Adakah Adik Sharlene Masih Hidup atau Sebaliknya? iinilah persoalan yang menjadi tanya kepada seluruh warga masyarakat Malaysia yang mengharpakan agar adik Sharlena selamat kembali kepangkuan keluarganya.

Dimanakah kesedaran penculik-penculik ini, adakah mereka tiada mempunyai hati dan perasaan sehingga sanggup melakukan kerja ini. Apakah faedah mereka melakukan kerja ini, tidak mereka kasiahan melihat kanak-kanak yang tidak berdosa diperlakukan sebegitu oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini.

Bagi saya, manusia-manusia yang bersifatkan syaitan seperti mereka ini patut dihukum sekeras-kerasnya dan tidak diberi peluang untuk hidup di muka bumi ini lagi.

Sedarlah wahai manusia, janganlah mementingkan diri sendiri, lindungilah kanak-kanka dan sayangilah mereka umpama dirimu menyayangi nyawamu....

Pencinta kanak-kanak
( M.ratib )

Tuesday, March 11, 2008

Info Sukan

Sukan di negara kita pada hari ini masih berada ditahap yang sederhana. Pembangunan sukan di kalangan belia dan masyarakat sedang ditingkatkan bagi mencpai wawasan negara untuk melahirkan para atlit yang berkebolehan. Namun sejauhmanakah prestasi sukan di negara kita pada hari ini membawa kemajuan kepada imej sukan di negara kita.


Komen :

Sukan di negara kita pada hari ini, memang masih berada ditahap yang sederhana dan belum mencapai misi dan visi negara kita. Apa yang dilihat pada hari ini, kemajuan sukan di negra kita telah jauh ketinggalan berbanding negara-negara Seperti China, Jepun, Amerika Syarikat, Australia, Korea dan sebagainya. Jika dibandingkan tahap sukan negara kita dengan negara tersebut memang agak jauh berbeza. Sedangkan negara kita tidak ketinggalan dari segi kemudahan infrastruktur sukan. Bagi saya, negara kita sudah cukup lengkap dengan kemudahan-kemudahan sukan seperti terdapatnya Stadium Bukit Jalil, Litar Sepang, dan kemudahan lain. namun perstasi atlit negara kita pada hari ini masih kurang setanding dengan prestasi atlit dari negara lain.

Kita mengambil contoh pada sukan bola sepak negara kita!
Sukan bola sepak merupakan sukan nombor satu dunia. sukan ini juga mendapat tempat di negara kita. namun sejauhmanakah perkembangan kemajuan bola sepak di negara kita ini berada ditahap yang membanggakan. Jika dahulunya kita bermegah dengan gelaran pasukan bola sepak kita sebagai Harimau belang yang digeruni lawan. Kita melahirkan ramai pemain-pemain yang berkebolehan dan berstatus bintang. Contohnya seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun. Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Santokh Singh dan ramai lagi. Namun aksi dan kelibat mereka tidak kelihatan lagi sehingga ke hari ini. bakat dan kebolehan mereka ternyata tidak di warisi oleh bintang-bintang muda bola sepak negara kita pada hari ini. mereka hanya bermegah pada nama sahaja.

Bagi saya, apa yang terjadi kepada prestasi buruk pasukan bola sepak di negara kita pada hari ini, sebenarnya terletak pada semangat juang para pemain negara kita itu sendiri. jika kita lihat dari rangking yang dikeluarkan oleh fifa, rangking kita telah jauh merosot dengan berada di tangga ke 164 dunia. ini pasti suatu yang memalukan buat imej sukan negara kita. kita tidak mahu dilabel sebagi sebuah negara yang hanya berangan-angan. kita hanya bermegah dengan penganjuran sukan bola sepak seperti piala dunai remaja, piala asia, pesta bola merdeka dan sebaginya. tatapi yang yang menjuarainya adalah negara luar. di mana letaknya semangat juang anak-anak muda bola sepak negara kita yang berlabelkan Harimau. Jika tidak keterlaluan, Bagi saya pasukan bola sepak negara kita pada hari ini memang agak lemah dan sesuai dilabelkan sebagai Kucing Belang.

Justeru, saya sebagi peminat sukan bola sepak negara di sini menyarankan beberapa langkah perlu diambil untuk menaikkan prestasi sukan bola sepak negara Malaysia di saentero dunia. Antara langkah-langkah positif yang perlu di ambil oleh kerajaan dengan:

1) Memperbaiki sistem pengurusan organisasi dalam badan sukan bola sepak Malaysia
2) Memberi pendedahan awal kepada anak-anak muda Malaysia dalam kejohanan-kejohanan yang diiktiraf oleh fifa.
3) Menghantar pemain-pemain bola sepak negara menjalani latihan dengan pasukan-pasukan yang yang ternama seperti Brazil, England, Perancis dan negara lain.
4) Tidak memanjakan pemain-pemain bola sepak dengan wang semata-mata tanpa memikirkan semangat kesukanan yang tinggi untuk berjuang demi negara.
5) Mengadakan liga bola sepak yang lebih kompetitif dan berkesan
6) mengalakkan lebih ramai pemain-pemain dari luar yang berkebolehan dan berstatus dunia menyertai liga bola sepak Malaysia. supaya wujud persaingan dikalangan pemain tempatan untuk meningkatka kemajuan diri
7)Mengambil tenaga-tenaga pengajar atau jurulatih yang betul-betul mempunyai profil yang tinggi dalam sukan bola sepak untuk melatih pemain-pemain negara.


Peminat Sukan Bola Sepak Negara
m.ratib

Thursday, March 6, 2008

HIRUK-PIRUK IBU KOTA KL

kuala lumpur atau KL merupakan ibu negara yang cukup pesat membangun. tidak perlu lagi disebut bangunan pencakar langit dan sistem jalan rayanya yang bersimpang-siur. ia kini sudah dikenali sebagai bandar raya kosmopolitan.

komen :

contohnya, semasa kita meraikan perayaan hari Wilayah Persekutuan bulan lalu, kesesakan lalu lintas KL masih menjadi igauan ngeri warga kota. tidak kira masa, jalan di dalamnya sentiasa sesak. Lebuh raya masuk dan keluar ibu negara itu pun turut mengalami keadaan yang sama.

kereta dan motorsikal serta kenderaan lain sudah terlalu padat. tidak dapat di bayangkan sepuluh tahun dari sekarang jika kadar pertumbuhan kenderaan naik sepuluh peratus setiap tahun. namun, ada penyelesaiannya. sisitem pengangkutan rel-LRT, monorel dan komuter serta pengkutan awam yang lain seperti teksi dan bas.

sisitem-sistem pengangkutan awam ini merupakan kaedah pengangkutan yang cukup popular dan efektif. namun, proses percambahan rangkaiannya, terlalu perlahan dan terencat. kita berharap kerajaan dapat memberi keutamaan untuk mempercepatkan proses itu.

di negara-negara lain, kaedah pengangkutan itu terbukti berjaya menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, walupaupun bukan secra total.

Peranan Masyarakat:

Sebagai rakyat malaysia kita seharusnya memiliki sifat-sifat nasionalisme untuk mewujudkan kecintaan kepada negara kita.

sebagai masyarakat ibu kota kuala Lumpur kita perlulah mempunyai kesedaran sivik tentang pentingnya menjaga persekitaran ibu kota kita.Kuala Lumpur.

sebagai pengguna jalan raya kita seharusnya mempunyai tanggungjawab dalam menangani maslah kesesakan lalu lintas dengan membantu kerajaan melaksanakan kempen-kempen yang diadakan seperti pekongsian kereta, penggunaan pengangkutan awam dan sebaginya.

Peranan Kerajaan :

membaiki lagi sistem pengangkutan yang sedia da dengam menambahkan kemodenan dan kecanggihan bagi menarik minat masyarakat kota.

mengadakan lebih banyak kempen-kempen yang berkaitan dengan masaah lalu lintas dengan memberi penekanan yang secara holistik dan berkesan kepada masyarakat.

cintailah ibu kota kita

ratib-Pecinta alam...