CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, March 23, 2008

SEARCH TETAP UNGGUL







Kumpulan Search ditubuhkan pada 1981 dan setelah lebih dari dua dekad berada di dalam industri, Search masih tetap berdiri kukuh dan para peminat kumpulan tersohor ini tidak pernah mengenal erti jemu menyokong mereka. Lagu-lagu evergreen kumpulan ini seperti “Isabella”, “Fantasia Bulan Madu”, “Rozana”, “Gadisku” dan banyak lagi masih diperdengarkan di corong-corong radio tempatan dan tetap menjadi siulan ramai. Showcase istimewa ini sudah pasti bakal mengubat rindu para peminat muzik rock sejati di luar sana yang sudah lama menantikan kemunculan kumpulan rock lagenda ini buat yang ke sekalian kalinya. Tidak dapat dinafikan, Search yang juga tersenarai dalam kelompok perintis irama rock di negara ini yang mempunyai ramai pengikut sehingga hari ini. Pengalaman lebih dari 25 tahun berada di persada seni ini melayakkan mereka dinobat sebagai di antara barisan artis yang cukup dihormati dan disanjungi sekali.
Search baru sahaja melahirkan album mereka yang ke-10; Gotik Malam Edan dan apa yang lebih istimewanya lagi mengenai album ini ialah, Search berjaya menggabungkan kembali barisan pemuzik asal mereka; Amy (Vokal), Hillary Ang (Gitar), Nasir (Gitar Bass) dan Yazid (Drum). Kemunculan album ini cukup dinanti-nantikan oleh peminat-peminat mereka di luar sana dan sesungguhnya penantian itu cukup berbaloi kerana album terbaru kumpulan ini adalah di antara yang terbaik dari mereka dan cukup unik sekali!
Para peminat kumpulan gergasi ini yang ada di luar sana dijemput untuk hadir menyaksikan persembahan live mereka ini di dalam suasana yang penuh intimasi hanya di Planet Hollywood pada September ini. Kali terakhir mereka beraksi di pentas utama Planet Hollywood ialah tiga tahun dahulu (2004) dan sambutan yang diberikan cukup hebat sekali! Tiket berjaya dijual habis dan rata-rata yang hadir melahirkan kepuasan dalam diri masing-masing. Itulah Search! Ikon Rock Malaysia yang sebenarnya!

0 comments: