CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, February 21, 2008

Masalah Kemiskinan

Masalah kemiskinan tegar di negara kita pada hari ini, telah berada di tahap yang sederhana. masalah ini sebenarnya adalah suatu fenomena yang melanda masyarakat kita sejak dahulu lagi. perangkaan menunjukkan, menerusi penyelidikan terhadap masalah kemiskinan ini menunjukkan tahap peratusnya telah berkurangan dari tahun ke tahun. Siapakah? dan pihak manakah? yang wajar mengambil tindakan membasmi masalah kemiskinan tegar di kalangan masyarakat kita. sudah tentu semua pihak menuding jari kepada kepimpinan kerajaan kita untuk mengatasi masalah kemiskinan ini. masalah kemiskinan ini sebenarnya dapat dikaitkan dengan masalah sosial. dari pengkajian yang dibuat mendapati masalah kemisikinan ini berlaku dalam kalangan masyarakat desa atau kampung. namun tidak semua masyarakat ini menghadapi masalah ini. sebenarnya masalah kemiskinan ini sering dikaitkan dengan kesempitan hidup dan kekurangan material. pelbagai langkah telah di ambil oleh kerajaan untuk membanteras gejala ini. antaranya ialah meningkatkan tahap pendapatan perkapita di kalangan rakyat, memberi bantuan kewangan setiap bulan kepada yang berpendapatan rendah, membina rumah kos sewa rendah dan menggalakan pertanaian berasaskan teknologi yang maju khususnya di luara bandar. kerajaan telah menetapkan tahun 2020 adalah tahun bebas dari kemiskinan, hal inilah yang menyebabkan kerajaan bersungguh-sungguh untuk membanteras masalah kemiskinan di kalangan rakyat negara kita...

Zaman Kehidupan