CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, August 29, 2007

hari ini merdeka ke 50

Tanggal 31 bulan 8 akan kembali berdetik pada malam ini. tarikh ini merupakan tarikh keramat bagi negara kerana genap pada malam ini tarikh ini akan berdetik bagi menandakan negara kita akan mencapai kemerdekaan yang ke 50. sepanjang 50 tahun merdeka ini,pelbagai perubahan telah berlaku sama ada dari segi sosial,ekonomi,dan politik kepada negara.perubahan ini telah membawa dimensi baru kepada imej dan membuka lembaran baru kemajuan negara yang dikecapi pada hari ini.50 tahun merdeka ini juga telah menunjukkan bagaimana pemimpin-pemimpin negara kita telah berjaya membawa negara kepada era modenasi dan kesenangan hidup kepada negara kita.saya sebagai remaja berjaya pada hari ini begitu turuja dan berasa bangga terhadap negara yang bebas merdeka dan mencapai kemajuan.dalam diri saya ini lahir sifat patriotik kepada negara.semangat patriotik ini perlu ada pada setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia.kerana dari semangat inilah akan membawa negara kita Malaysia bebas daripada belenggu penjajahan dan sentiasa aman damai. Semoga dengan kemerdekaan yang ke 50 ini akan membawa sinar kepada rakyat,agama dan negara kita.MERDEKA! MERDEKA!MERDEKA!